Tuesday, May 24, 2011

Renungan 1

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,"Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3)menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,(5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (Riwayat Hakim)

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat dikalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya. Marilah kita renung-renungkan dan kita bermuhasabah!

Wednesday, May 18, 2011

Kenapa suka tangguh kerja..?

Sikap suka menangguhkan kerja akan menyebabkan pelajar terbeban dengan banyak perkara yang perlu diselesaikan pada suatu ketika. Ada beberapa faktor yang mendorong seseorang suka menangguh-nangguhkan kerja;

1. Tidak sukakan kerja yang dipertanggungjawabkan
2. Sikap bosan
3. Sikap malas
4. Takut kerana tidak tahu melakukan kerja berkenaan
5. Takut menghadapai kegagalan
6. Merasakan tugas itu sesuatu yang sukar
7. Takut kerana tugas itu sesuatu yang baru baginya
8. Merasakan tugas berkenaan tidak penting.

Pengurusan Masa & Strategi Pembelajaran

1. Sikap yang positif

Siswa/siswi tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka mesti sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan.

2. Disiplin masa

Proses pembelajaran memerlukan disiplin dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Seseorang itu tidak mungkin lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan masa yang baik.

3. Merancang Penggunaan Masa

Siswa/siswi perlu faham bahawa skop kurikulum di universiti luas dan masa yang terbatas. Banyak perkara yang perlu pelajari pada waktu yang singkat. Oleh itu, siswa/siswi perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yg diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara efisien.


4. Mendahulukan yang utama

Melalui perancangan, siswa/siswi dapat mengimbangan pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Siswa/siswi tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat kepada kurikulum dan mengabaikan aktiviti kokurikulum yang lain.

5. Tabiat dalam kuliah/tutorial

Siswa/siswi yang suka berkhayal dalam kuliah/tutorial dikenali sebagai “ ponteng psikologi “. Dengan itu, persediaan yang cukup harus dilakukan dalam kuliah/tutorial untuk meningkatkan daya ‘kesegaran’ dalam pembelajaran.
6. Bagaimana membuat persediaan pembelajaran
Penyelidikan di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa siswa/siswi yang bersedia untuk menghadapi pelajaran dikuliah/tutorial akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan.

7. Gunakan perpustakaan dan pusat sumber

Ramai di antara siswa/siswi yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Penggunaan perpustakaan atau pusat sumber ini dengan sebaiknya akan mendatangkan banyak manfaat kepada siswa/siswi.

8. Jaga kesihatan anda

Badan yang lemah dan kesihatan mental yang terganggu tidak dapat membantu untuk mencapai kejayaan. Langkah-langkah berikut dapat membantu menjaga kesihatan;

1.Sentiasa bersikap tenang
2.Makanan yang berkhasiat
3.Senaman yang berterusan
4.Bersikap positif dan rasional
4.Riangkan hati dan senyum

Teknik Mengurus Masa

1. Menggunakan “ Action Plan

Ia merupakan susunan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilakukan pada hari itu mengikut keutamaan. Sebagai contoh MESTI dilakukan MAHU dilakukan. Kemudian cuba habiskan perkara yang anda ingin lakukan mengikut keutamaan. Jika tidak sempat menghabiskan kerja anda untuk hari tersebut, catatkan aktiviti yang belum dijalankan pada kertas baru untuk keesokkan harinya. Ulang perkara yang sama apabila memulakan kerja pada hari esok.

2. Menghapuskan tabiat “ delay and waiting “ dengan mengingati 3 perkara di bawah:

1. Semalam sudah berlalu
2. Esok masih belum berlalu
3. Hari ini masih peluang ada


3. Penuhkan masa lapang

Masa lapang mesti dipenuhi, break antara kuliah/tutorial, dalam perjalanan, semasa menunggu giliran di pejabat pos dan sebagainya untuk melakukan kerja ringan seperti membaca , menulis nota atau setidak-tidaknya berfikir.

4. Tahu dan pandai untuk mengatakan “ Tidak “

Perkataan tidak perlu digunakan pada perkara yang dianggap boleh mengganggu rutin harian anda.

5. Merancang jadual waktu belajar dan jadual harian

Perancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna.

Asas Pengurusan Masa

1. Mengubah tabiat lama yang negatif.

Tabiat lama juga disebut habit. Tabiat yang negatif ini perlu dibuang dalam diri setiap pelajar. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan ‘last minute’. Tabiat seumpama ini perlu diubah. Oleh itu, kita mesti mengubah tabiat ini supaya lebih awal menyiap tugas2 agar pada waktu yang lain boleh digunakan untuk aktiviti yang lain.

2. Komunikasi

Komunikasi dapat memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Contohnya, semasa pensyarah tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan2 tentang hiburan dan perkara yang sia-sia yang tiada kaitan langsung dengan pembelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran yang amat ketara dan merugikan.

Komunikasi intrapersonal biasanya ada dalam setiap individu. Komunikasi ini mengatakan seolah-olah soalan ini adalah bodoh. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu di lawan dan di tentang. Oleh itu komunikasi intrapersonal ( bertanya pensyarah ) dengan sebaik mungkin. Dengan membuang komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka wujudlah keyakinan dalam diri.

3. Penumpuan

Selalunya kita akan berasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Kita jarang memberi tumpuan terhadap pelajaran yang diberi oleh pensyarah. Namun apabila bercerita tentang hiburan, tumpuan akan diberi sepenuhnya walaupun dalam keletihan. Oleh itu pengubahsuaian suasana perlu diubah supaya kita dapat memberikan konsentrasi dalam pelajaran dan gangguan lain perlulah dielakkan.

4. Rehat

Manusia perlulah berehat dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Contohnya kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari untuk mengembalikan kecergasan. Justeru itu pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk pembelajaran yang berkesan.