Wednesday, May 18, 2011

Pengurusan Masa & Strategi Pembelajaran

1. Sikap yang positif

Siswa/siswi tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka mesti sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan.

2. Disiplin masa

Proses pembelajaran memerlukan disiplin dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Seseorang itu tidak mungkin lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan masa yang baik.

3. Merancang Penggunaan Masa

Siswa/siswi perlu faham bahawa skop kurikulum di universiti luas dan masa yang terbatas. Banyak perkara yang perlu pelajari pada waktu yang singkat. Oleh itu, siswa/siswi perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yg diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara efisien.


4. Mendahulukan yang utama

Melalui perancangan, siswa/siswi dapat mengimbangan pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Siswa/siswi tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat kepada kurikulum dan mengabaikan aktiviti kokurikulum yang lain.

5. Tabiat dalam kuliah/tutorial

Siswa/siswi yang suka berkhayal dalam kuliah/tutorial dikenali sebagai “ ponteng psikologi “. Dengan itu, persediaan yang cukup harus dilakukan dalam kuliah/tutorial untuk meningkatkan daya ‘kesegaran’ dalam pembelajaran.
6. Bagaimana membuat persediaan pembelajaran
Penyelidikan di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa siswa/siswi yang bersedia untuk menghadapi pelajaran dikuliah/tutorial akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan.

7. Gunakan perpustakaan dan pusat sumber

Ramai di antara siswa/siswi yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Penggunaan perpustakaan atau pusat sumber ini dengan sebaiknya akan mendatangkan banyak manfaat kepada siswa/siswi.

8. Jaga kesihatan anda

Badan yang lemah dan kesihatan mental yang terganggu tidak dapat membantu untuk mencapai kejayaan. Langkah-langkah berikut dapat membantu menjaga kesihatan;

1.Sentiasa bersikap tenang
2.Makanan yang berkhasiat
3.Senaman yang berterusan
4.Bersikap positif dan rasional
4.Riangkan hati dan senyum

No comments:

Post a Comment